Wednesday 7 December 2011

Kenapa aku lebih sukakan LED Television berbanding projektor?

Maaf, aku bukannya guru cemerlang. Tapi aku sukakan teknik pengajaran yang lebih banyak menggunakan bahan media yakni melibatkan elemen gambar, video dan bunyi. (Konsep pembinaan bahan media insyallah akan aku coretkan dalam blog ini kemudian nanti.. insyallah).
         
          Tidak lama dahulu, tatkala aku amat pening untuk menarik minat pelajar dan rasa 'kurang rajin' untuk menulis di papan2 hitam, aku mengambil keputusan untuk membeli Acer K11 portable pocket projector.. 


Harganya dalam lingkungan RM1600 je.. Benda baru, berkobar2 la semangat aku untuk masuk ke kelas disamping ingin menayangkan media2 baru untuk pelajar. Kecil, mudah dibawa.. Kualiti pun HD.. Punya internal speaker (cuma terlalu perlahan... sayang tol..).. juga punya USB port untuk support media gambar, mp3 dan mp4.. Namun, kelemahan yang paling aku x suka.. memerlukan bilik kelas yang gelap, barulah potensi penggunaan akan dapat di maksimumkan..  Selepas 2 minggu, aku dah mula kurang berminat nak menggunakan gadjet ini.. Last2, bawak balik rumah, simpan.. buat wayang gambar dalam bilik sebelum tidur.. adehh.. 

Tidak lama kemudian, perhatianku tertarik kepada konsep TV LED Sony Bravia Internet.. Nipis, saiz pun kecil 22 inci.. Ringan.. mudah dibawa.. sejibik cam saiz laptop.. yang paling penting, support pelbagai jenis media.. namun aku ni jenis 'pandang lain'... sesungut ku tiba2 muncul dan membisikkan supaya "rembat, jangan x rembat.. demi pelajar...ceewahh!!" (melayang gak RM 1200 lagi...huh!)


Memang x rugi.. aku dapati, pelajar aku lebih berminat untuk belajar dan x sabar2 nak tahu video 'surprise' pendidikan harian aku untuk mereka. Kualiti muzik, gambar, video, warna.. Ternyata aku memang kagum dengan produk Sony ini.. (cam iklan lak bunyinya... hehe) Benda ini juga support external hard disk hingga 1 Tera.. (cuma perlu format dahulu external hardisk korang kepada bentuk exFat..) Maknanya, lebih banyak lah 'otak' yang boleh dibawa berbanding projektor acer aku terdahulu (support pen drive, tapi tidak kepada hardisk).. Hinggakan kaedah pengajaran menggunakan TV ini turut mendapat pujian dari pihak KPM dan juga Guru cemerlang yang pernah melawat sekolah.. (x minta pun pujian.. syukur aje kalau orang lain suka.. yang paling penting.. PELAJAR SUKA!!..heh)

Kedua gadjet atau item diatas merupakan alat bantu mengajar aku sendiri.. Selain penayangan bahan media, jangan lupa print lembaran kerja atau nota untuk menguatkan lagi ingatan pelajar..  Kenapa aku suka membeli? Nak berlagak kaya?? biarlah apa orang nak kata.. Sebabnya, aku ngajar di sekolah yang agak 'kurang kaya' di kawasan pedalam dahulu... jadi, nak x nak, untuk memudahkan kerja? Beli je sendiri jika rasa ada kewangan lebih.. X perlu terlalu terikat penggunaan barangan sekolah.. kalau rosak, letih menjawab.. lagipun x rugi melabur untuk pelajar.. DARI PELAJAR DUIT INI DATANG, UNTUK PELAJARLAH AKU PULANGKAN.. sesamalah kita berusaha.. ;D

No comments:

Post a Comment