Tuesday 6 December 2011

Rerajin la rakam tv pendidikan..

Sepertimana yang kita sedia maklum. Pihak Astro banyak menyediakan rancangan Astro tutor untuk UPSR, PMR dan SPM.. Yang x bestnya, rancangan tersebut mengikut jadual2 yang tertentu dan guru mungkin x sempat nak membawa pelajar menonton tips2 penting dari rancangan tersebut. Aku bukannya kaya sangat nak langgan Pek Astro Beyond (yang boleh rakam rancangan, tapi berbayar). Aku pun xda TV card pada laptop aku... so, aku cuba untuk mencari kaedah murah untuk merakam astro iaitu dengan menggunakan USB capture device. harganya pun murah... bawah RM50.00 je..



Cara rakam:
1. Installkan perisian Ulead video (dibekalkan bersama CD pembelian)
2. Cantumkan cable AV dari astro pada USB capture device mengikut warna.
3.Cantumkan USB capture device pada lubang USB laptop korang
3. Buka perisian Ulead video , dan start capturing.. (jenis video boleh setting sendiri..aku suka .mpeg)

p/s: Setting resolusi video x payah la besar2..  karang besar pulak saiznya.. guna yang basic2 dulu je untuk buat kajian.. setting video mungkin berbeza mengikut jenis dan kemampuan laptop.. sebab 'jantung' laptop pun lain2.. hehe..


Ternyata ianya berbaloi dan banyak Astro tutor yang telah dapat aku rakamkan untuk ulangkaji pelajar tak kira masa. Maaf, xleh share video secara online.. kang aku kena saman dek astro.. hehe.. Errr... aku banyak mengumpul  untuk UPSR aje la.. sebab aku ngajar sekolah rendah.. Bahasa Inggeris dan matematik kebanyakannya.. BM dan Sains pun ada sikit.. hehe.. Jadi di sini aku sarankan kepada rakan guru yang lain, rerajin la rakam TV pendidikan; x kira astro tutor, animal planet, dan yang lain2...(maharaja lawak pun bleh rakam... tmasuk astro first..) . Jika punya rakaman pendidikan yang penting2.. rerajin sharing... bukan ke sharing itu tandanya caring.. adioz, berusahalah!!

No comments:

Post a Comment