Saturday 17 December 2011

Tension pabila dihalang ber'facebook' semasa waktu pejabat?!

Ada sahabatku mengadu pada aku, mengatakan yang dia dihalang bermain Facebook sewaktu di pejabat.. Aku pun x galakkan curi tulang sewaktu kerja sedang berlangsung, tapi di sini aku akan kongsikan 2 cara yang paling aku suka untuk tembus masuk ke laman2 web yang telah disekat oleh admin sesuatu jabatan.. ini pun berdasarkan pengalaman.. berjaya atau tidak pada sistem korang.. boleh cerita pada aku kemudian..

CARA 1:
Sewaktu di sekolah atau premis2 kerajaan, selalunya  laman web youtube, streaming video, games, playstation,  messaging seperti yahoo messenger juga Facebook memang susah nak buka (selalunya dihalang oleh webscence). Untuk mengelakkan dari dihalang.. cubalah buka laman web tersebut melalui proxy negara2 lain ataupun gunakan perisian yang boleh menukarkan ip address laptop/ komputer korang.. Untuk lebih mudah cerita.. boleh download ULTRASURF


Ianya bersaiz kecil, x perlu install, dan boleh dibawa dalam pendrive korang.. Selepas korang download, klik pada perisian ini.. automatik ia akan bawa korang pada proxy khas dan selepas itu korang akan bebas melayari internet tanpa sekatan.. kadang2 xleh pakai gak.. lembab.. adehh.. tapi BERKESAN!!

CARA 2
Hotspot shield... Perlu diinstallkan kedalam laptop/ pc korang sebelum boleh guna.. (Jika guna pc ofis, sila uninstallkan bagi mengelakkan dari ditegur oleh bos.. hehe.. Perisian ini akan menukarkan setiap laman web berbentuk 'http' kepada 'https'.. S bermaksud 'selamat' atau.. secure..  hehe


Selalunya laman web seperti webscence xkan menapis laman web yang mempunyai alamat 'bersih'.. Turut menyembunyikan identiti korang sebagai 'tanpa nama'.. cuma korang perlu connect terlebih dahulu server sebelum boleh melayari web dengan bebas.. ambil sedikit masa, tapi berbaloi untuk dicuba..

Kaedah diatas terbukti boleh guna, ianya mudah dan didapati pernah berjaya, juga pernah gagal.. bergantung kepada kekuatan line internet, juga kekebalan pertahanan admin sistem internet jabatan korang.. paling senang untuk elak rasa tension, juga terpesong dari 'tugas hakiki' semasa di pejabat.. Langgan la broadband.. abis crita.. harap ofis korang xda 'haramkan' broadband gak la.. kalau idak.. SANGAP la korang.. bwahaha!! berusahalah!!

No comments:

Post a Comment