Wednesday 15 October 2014

I think yang memening.. ADEHH!!

Aku suka buat iThink.. Ianya memupuk sifat SABAR.. Dan membuatkan aku cepat lapar disebabkan 'DONUT' yang menyelerakan... )(**&*^&^%%$$#$#@#@#!#$%&^*((*



Sunday 1 January 2012

Mencipta Lagu cara ter'malas'.. Bwahaha!!

Salam,
Buat rerakan yang sukakan muzik, tetapi kurang pandai dalam basic penciptaan lagu, disini aku aku kongsikan kaedah atau cara aku untuk bermain dengan elemen notasi 'taugeh' ini... hehe

Step 1:
Rakam suara korang nyanyi lagu2 ikut suka dengan cara menggunakan voice recoder melalui hset atau pun mic laptop korang.. (nyanyi lalalala pun bleh je... hehe) Pastikan ianya dalam bentuk wav. @ mp3 .Jika berformat amr. sila convertkan dahulu.

Step 2 :
Download dan install perisian WIDI Music Recognition System Pro


Step 3 :
Open audio (suara rakaman korang) ke  dalam perisian WIDI dan pas tu transcribe kepada midi (save as midi)

Step 4 :
Download Fruity Loops 9 dan import midi tersebut.. (Rujuk tutorial penggunaan melalui youtube) Pastu karang la muzik korang.. enjoyz... (aku kena karang muzik sekolah... pening gila.. isk...isk... tolong!!)


Buat pengkaji skor; muzik midi file amat penting untuk menentukan runut2 bunyi yang telah digunakan oleh pencipta2 muzik yang lain. Ia juga amat berguna untuk rujukan pemain2 piano yang menggunakan kaedah sd card semasa berlatih. Terdapat pelbagai perisian komposer yang terdapat di pasaran.. Cubalah cari perisian yang 'kena' dengan jiwa korang sendiri untuk lebih mendalami dan memahami.. agar tidak berputus asa kemudian hari nanti...ewwwahhh.. sesamalah kita usaha!! ;D

p/s: Bagi guru muzik , mesti bingung bila kena ngajar lagu KSSR Muzik tahun 2 terbaru.. tukarkan mp3 lagu KSSR tersebut kepada midi, dan mula la mengkaji skor bagi memantapkan lagi ilmu notasi korang.. Dan slamat berjoget selalu.. keh3

Saturday 17 December 2011

Tension pabila dihalang ber'facebook' semasa waktu pejabat?!

Ada sahabatku mengadu pada aku, mengatakan yang dia dihalang bermain Facebook sewaktu di pejabat.. Aku pun x galakkan curi tulang sewaktu kerja sedang berlangsung, tapi di sini aku akan kongsikan 2 cara yang paling aku suka untuk tembus masuk ke laman2 web yang telah disekat oleh admin sesuatu jabatan.. ini pun berdasarkan pengalaman.. berjaya atau tidak pada sistem korang.. boleh cerita pada aku kemudian..

CARA 1:
Sewaktu di sekolah atau premis2 kerajaan, selalunya  laman web youtube, streaming video, games, playstation,  messaging seperti yahoo messenger juga Facebook memang susah nak buka (selalunya dihalang oleh webscence). Untuk mengelakkan dari dihalang.. cubalah buka laman web tersebut melalui proxy negara2 lain ataupun gunakan perisian yang boleh menukarkan ip address laptop/ komputer korang.. Untuk lebih mudah cerita.. boleh download ULTRASURF


Ianya bersaiz kecil, x perlu install, dan boleh dibawa dalam pendrive korang.. Selepas korang download, klik pada perisian ini.. automatik ia akan bawa korang pada proxy khas dan selepas itu korang akan bebas melayari internet tanpa sekatan.. kadang2 xleh pakai gak.. lembab.. adehh.. tapi BERKESAN!!

CARA 2
Hotspot shield... Perlu diinstallkan kedalam laptop/ pc korang sebelum boleh guna.. (Jika guna pc ofis, sila uninstallkan bagi mengelakkan dari ditegur oleh bos.. hehe.. Perisian ini akan menukarkan setiap laman web berbentuk 'http' kepada 'https'.. S bermaksud 'selamat' atau.. secure..  hehe


Selalunya laman web seperti webscence xkan menapis laman web yang mempunyai alamat 'bersih'.. Turut menyembunyikan identiti korang sebagai 'tanpa nama'.. cuma korang perlu connect terlebih dahulu server sebelum boleh melayari web dengan bebas.. ambil sedikit masa, tapi berbaloi untuk dicuba..

Kaedah diatas terbukti boleh guna, ianya mudah dan didapati pernah berjaya, juga pernah gagal.. bergantung kepada kekuatan line internet, juga kekebalan pertahanan admin sistem internet jabatan korang.. paling senang untuk elak rasa tension, juga terpesong dari 'tugas hakiki' semasa di pejabat.. Langgan la broadband.. abis crita.. harap ofis korang xda 'haramkan' broadband gak la.. kalau idak.. SANGAP la korang.. bwahaha!! berusahalah!!

Wednesday 7 December 2011

Pepakura.. bukan Kekura..!!

Origami?? dah terlalu biasa sangat untuk pelajar... dah tiba masanya untuk 'seksa' pelajar dalam subjek pendidikan seni.. ?!! bwahaha..Tapi sebelum itu, Guru la kena buat kajian dahulu..
Korang pernah x dengar Pepakura designer?? bukan saudara kekura.. Dush!! Pepakura designer adalah merupakan satu perisian yang membolehkan korang membina objek 3D hanya menggunakan kertas mengikut kehendak korang sendiri.. konsepnya mudah, print kertas, pasang guna gam?? Paling penting, MURAH.. ;p'

Kaedahnya:
1. Reka objek 3D menggunakan software 3D (support format 3DS, DXF, MQO, LWO, OBJ, STL, KML,  KMZ)
2. Loadkan file 3D korang ke dalam Pepakura designer
3. Tekan UNFOLD dan mulakan 'ciptaan' korang.. haha..
4. Editlah secantik mungkin untuk memudahkan kerja kemudian.
5.Last skali, print guna kertas atau kad dan cantumkan GUNA GAM..

Berikut merupakan antara contoh hasil ciptaan pepakura designer: (belum siap sepenuhnya)
Jika berminat, downlad file halmet kamen rider ini 

Untuk lebih memahami konsep dan teknik ini. sila ke laman web ini :

Kalau mengidam buat costume Ironman menggunakan kaedah pepakura pun boleh. Rujuk video di bawah:

Jika kurang rajin dan sukar memahami teknik 'membina'.. Terdapat banyak contoh template untuk pepakura ni.. search dan download je melalui google.. ikut la minat korang.. Rerajin la main gam dan gunting.. dah siap pasang, kongsi la pic hasil krafttangan korang nanti.. Kesabaran pasti berbaloi nanti.. Silap2 boleh kaya jual barang ni nanti.. heh.. Berusahalah!!

Kenapa aku lebih sukakan LED Television berbanding projektor?

Maaf, aku bukannya guru cemerlang. Tapi aku sukakan teknik pengajaran yang lebih banyak menggunakan bahan media yakni melibatkan elemen gambar, video dan bunyi. (Konsep pembinaan bahan media insyallah akan aku coretkan dalam blog ini kemudian nanti.. insyallah).
         
          Tidak lama dahulu, tatkala aku amat pening untuk menarik minat pelajar dan rasa 'kurang rajin' untuk menulis di papan2 hitam, aku mengambil keputusan untuk membeli Acer K11 portable pocket projector.. 


Harganya dalam lingkungan RM1600 je.. Benda baru, berkobar2 la semangat aku untuk masuk ke kelas disamping ingin menayangkan media2 baru untuk pelajar. Kecil, mudah dibawa.. Kualiti pun HD.. Punya internal speaker (cuma terlalu perlahan... sayang tol..).. juga punya USB port untuk support media gambar, mp3 dan mp4.. Namun, kelemahan yang paling aku x suka.. memerlukan bilik kelas yang gelap, barulah potensi penggunaan akan dapat di maksimumkan..  Selepas 2 minggu, aku dah mula kurang berminat nak menggunakan gadjet ini.. Last2, bawak balik rumah, simpan.. buat wayang gambar dalam bilik sebelum tidur.. adehh.. 

Tidak lama kemudian, perhatianku tertarik kepada konsep TV LED Sony Bravia Internet.. Nipis, saiz pun kecil 22 inci.. Ringan.. mudah dibawa.. sejibik cam saiz laptop.. yang paling penting, support pelbagai jenis media.. namun aku ni jenis 'pandang lain'... sesungut ku tiba2 muncul dan membisikkan supaya "rembat, jangan x rembat.. demi pelajar...ceewahh!!" (melayang gak RM 1200 lagi...huh!)


Memang x rugi.. aku dapati, pelajar aku lebih berminat untuk belajar dan x sabar2 nak tahu video 'surprise' pendidikan harian aku untuk mereka. Kualiti muzik, gambar, video, warna.. Ternyata aku memang kagum dengan produk Sony ini.. (cam iklan lak bunyinya... hehe) Benda ini juga support external hard disk hingga 1 Tera.. (cuma perlu format dahulu external hardisk korang kepada bentuk exFat..) Maknanya, lebih banyak lah 'otak' yang boleh dibawa berbanding projektor acer aku terdahulu (support pen drive, tapi tidak kepada hardisk).. Hinggakan kaedah pengajaran menggunakan TV ini turut mendapat pujian dari pihak KPM dan juga Guru cemerlang yang pernah melawat sekolah.. (x minta pun pujian.. syukur aje kalau orang lain suka.. yang paling penting.. PELAJAR SUKA!!..heh)

Kedua gadjet atau item diatas merupakan alat bantu mengajar aku sendiri.. Selain penayangan bahan media, jangan lupa print lembaran kerja atau nota untuk menguatkan lagi ingatan pelajar..  Kenapa aku suka membeli? Nak berlagak kaya?? biarlah apa orang nak kata.. Sebabnya, aku ngajar di sekolah yang agak 'kurang kaya' di kawasan pedalam dahulu... jadi, nak x nak, untuk memudahkan kerja? Beli je sendiri jika rasa ada kewangan lebih.. X perlu terlalu terikat penggunaan barangan sekolah.. kalau rosak, letih menjawab.. lagipun x rugi melabur untuk pelajar.. DARI PELAJAR DUIT INI DATANG, UNTUK PELAJARLAH AKU PULANGKAN.. sesamalah kita berusaha.. ;D

Tuesday 6 December 2011

Rerajin la rakam tv pendidikan..

Sepertimana yang kita sedia maklum. Pihak Astro banyak menyediakan rancangan Astro tutor untuk UPSR, PMR dan SPM.. Yang x bestnya, rancangan tersebut mengikut jadual2 yang tertentu dan guru mungkin x sempat nak membawa pelajar menonton tips2 penting dari rancangan tersebut. Aku bukannya kaya sangat nak langgan Pek Astro Beyond (yang boleh rakam rancangan, tapi berbayar). Aku pun xda TV card pada laptop aku... so, aku cuba untuk mencari kaedah murah untuk merakam astro iaitu dengan menggunakan USB capture device. harganya pun murah... bawah RM50.00 je..



Cara rakam:
1. Installkan perisian Ulead video (dibekalkan bersama CD pembelian)
2. Cantumkan cable AV dari astro pada USB capture device mengikut warna.
3.Cantumkan USB capture device pada lubang USB laptop korang
3. Buka perisian Ulead video , dan start capturing.. (jenis video boleh setting sendiri..aku suka .mpeg)

p/s: Setting resolusi video x payah la besar2..  karang besar pulak saiznya.. guna yang basic2 dulu je untuk buat kajian.. setting video mungkin berbeza mengikut jenis dan kemampuan laptop.. sebab 'jantung' laptop pun lain2.. hehe..


Ternyata ianya berbaloi dan banyak Astro tutor yang telah dapat aku rakamkan untuk ulangkaji pelajar tak kira masa. Maaf, xleh share video secara online.. kang aku kena saman dek astro.. hehe.. Errr... aku banyak mengumpul  untuk UPSR aje la.. sebab aku ngajar sekolah rendah.. Bahasa Inggeris dan matematik kebanyakannya.. BM dan Sains pun ada sikit.. hehe.. Jadi di sini aku sarankan kepada rakan guru yang lain, rerajin la rakam TV pendidikan; x kira astro tutor, animal planet, dan yang lain2...(maharaja lawak pun bleh rakam... tmasuk astro first..) . Jika punya rakaman pendidikan yang penting2.. rerajin sharing... bukan ke sharing itu tandanya caring.. adioz, berusahalah!!

Nintendo ds untuk pendidikan??!

Salam.. Selain PSP, menurut pemerhatian aku..(pemerhatian orang lain aku x tau..hehe..) Nintendo DS juga banyak menyediakan game2 berunsur pendidikan. Tetapi, untuk ini, korang perlu download perisian DeSmuME dahulu dan installkan ke dalam PC/Laptop korang. Pastikan download mengikut sistem komputer korang x32,x64 atau Mac (apple). Seterusnya, silalah download ROM(Games) seperti mana yang aku rasa sesuai untuk pelajar ataupun guru. Game2 ini lebih ringan dari PSP dan banyak menggunakan tetikus... memang best untuk interaktif dengan pelajar..x paham cara nak setting?? boleh tanya.. kaedah pembelajaran..?? Korang pikir2 la sendiri.. Enjoyz!!

Words puzzles
Spelling bee
Junior brain trainer; Math
Junior Brain Trainer 2 (E)
WordJong (E)
Brain Age: Train Your Brain in Minutes a Day! v1.01 (U)
Art Academy *MULTi5* (E)
Puzzle Art *MULTi5* (E) 
thinkSMART Kids 8+ Power UP your brain! (USA) 
Wordmaster (EUR)
Learn Chess (USA)
Bookworm (U)
Learn Geography (U)
Science Papa (E)
I Did It Mum Spelling (E)
Music (E)
My English Coach (E) 
Scrabble (U)
Visual Logic Training (E)
Wordfish (U) 
Think Logic Trainer (E) 
Music Monstars (E)
Are You Smarter Than A 5th Grader Make The Grade (U)
Brain Quest Grades 5 and 6 (U) 
Brain Quest Grades 3 and 4 (U) 
My Chinese Coach (U)
Imagine Teacher (U) 
Professor Brainiums Games (U) 
Crosswords DS (U) 
The Sun Crossword Challenge (E) 
Maths Play-Have fun with numbers (E) 
Professor Kageyamas Maths Training (E) 
Mega Brain Boost (U) 
Interactive Storybook DS Series 3 (U) 
My Word Coach (E)
Practise English (E) 
Chessmaster - The Art of Learning (E)
Brain Buster - Puzzle Pak (U) 
The Professors BrainTrainer - Memory (E)
The Professors Brain Trainer - Logic (E)
Easy Piano (U) 

Kebanyakan game2 diatas amat berguna untuk mengisi masa lapang pelajar.. installkan ke dalam laptop, sambung projektor.. latih pelajar main tetikus untuk memilih jawaban.. suasana kelas mungkin akan lebih bising jika guru gagal mengawal rasa 'seronok' pelajar, jadi.. HATI-HATI.. nak main, masukkan la dulu dalam lesson plan korang.. ikutlah level kognitif pelajar.. explore sendiri main game tersebut, sebelum main dengan pelajar..nanti x pasal2 guru besar tegur.. hehe..  Sesamalah kita berusaha!! ;D